Friday, February 14, 2014

REVIEW NOVEL

TAJUK NOVEL: AKU TURUT BAHAGIA
PENULIS: ASMAH HASHIM
PENERBIT: Alaf 21
HARGA: RM 23
JUMLAH MUKA SURAT: 580
Image
Sinopsis:
“Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija. Cuma abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Oleh itu Ija mesti izinkan abang berkahwin lagi” -Ustaz Amir.
Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tiada tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia asalkan pengorbanan ini tidak disia-siakan.
Sayangnya, tidak semua isteri boleh berkongsi kasih. Saat Ummi Khadeeja pasrah dengan takdir hidupnya, Syifa’ Umaira meminta sesuatu yang mustahil Dia memaksa Amir Hudzaifa menceraikan Ija, isteri pertama.
Hancur luluh hati Ummi Khadeeja. Sanggupkan dia berpisah dengan suaminya? Tegarkan dia melihat anaknya membesar tanpa ayah di sisi? Jika pengunduran ini membahagiakan suaminya, dia rela berkorban sekali lagi. Tapi…

Ulasan:
Menyulusuri perasaan Ummi Khadeeja yang tulus, penuh kasih sayang dan cinta buat si suami membuatkan perasaan bila membaca ATB berkocak hebat. Hati isteri mana yang tidak terguris, terluka dan kecewa bila tiba-tiba suami meminta izin ingin berkahwin lain? Alasan yang diberikan pula sangat rapuh! (masukkan unsur geram dan sakit hati pada Ustaz Amir, suami Ija)

Emosi aku ketika membaca detik-detik Ummi Khadeeja memberikan kata putus untuk mengizinkan suaminya kahwin lain… sangat sedih. Menitis air mata. Meruntun kalbu.  (okay… nangis dah time ni)
Saat Ija menangis ketika bertahajud… meminta pertolongan daripada Allah untuk membuat keputusan… aku rasa Ustaz Amir kejam. Ija dah cukup baik.. sangat baik! Mulanya aku macam watak Ija yang lembut ini wanita sempurna… tetapi dalam garapan ATB ini… aku banyak berfikir tentang hidup. Kita bukan manusia sempurna.

Ustaz Amir… Niat berpoligami itu baik… Kerana agama. Tetapi langkah yang diambil terlalu mengikut rasa hati dan kurang mengkaji. Kalau nak menguruskan maahad, orang kepercayaan dia dah cukup bagus tambahan lagi Ija pun bijak menguruskan maahad. Nampak macam nak ada isteri dua sebab boleh tukar-tukar ketika bermusafir. Aduh! emosi berkocak sungguh masa ni. Rasa macam nak ketuk je dia ni kalau ada depan mata.  ( Watak dia buat aku rasa macam nak buat agreement dengan bakal suami andai kata lepas kahwin bertahun-tahun dia nak kawen lain nanti aku mesti…bla..bla..bla..terfikir sampai macam ni dah.. haha)

Syifa’ Umaira… Ini la penguat cerita. Dia ni kalau ada depan mata mau aku sekeh laju-laju. Tapi sifat keremaajaan dan kebudak-budakkan dia ni buat aku slow downkan emosi. Tak matured! Bodoh sombong! Ego! (emo giler ni) Tapi garapan yang penulis buat tentang watak Mai membuatkan kita boleh menilai sisi lain Ummi Khadeeja. Dia boleh bertukar karekter jadi pemarah di sebabkan oleh perangai sengal si Mai. Nak-nak lagi mak si Mai pun sama naik memburukan keadaan. Mai ni sebenarnya ego… dan cuba nak jadi baik macam Ummi Khadeeja. Tapi sebab bodoh sombong… dialah yang menghuru-harakan sebuah bahtera.

Dugaan buat seorang ulama. Isteri pertama Taat, baik, lemah lembut..meskipun kurang dari segi rupa. Isteri kedua cantik jelita tapi dari segi tingkah-laku out terus!

Dalam ATB…. konsep poligami, kesamarataan dan kebijaksanaan seorang suami sangat penting. Pada mulanya Amir kalah dengan isteri muda. Ija banya makan hati… kat sini aku nampak peranan isteri kedua yang paling penting untuk membantu suami berlaku adil… Again, siapa rela dimadukan????

Banyak mesej yang disampaikan melalui garapan plot cerita Ija, Ustaz Amir dan Maisara dalam ATB. Malah… watak sokongan seperti anak-anak Ija dan ustaz Amir, Ibu bapa, sahabat dan anak-anak tahfiz maahad itu juga digarapkan dengan sempurna hingga kita boleh rasa perasaan isteri pertama yang dimadukan… seolah-olah kita berada ditempatnya. Kita boleh rasa perasaan anak-anak Ija yang tiba-tiba hilang perhatian dari si ayah kerana mak tiri yang terlalu mengikut kata hati. Kita juga boleh merasa perasaan keluarga mereka yang sentiasa cuba memberi sokongan.

Lebih 5 kali menangis membaca ATB, sayang untuk menutup novel itu selagi belum tiba ke penghujung cerita. Kisah poligami dan keadilan yang cuba ditegakkan dalam novel ini. Adilkah kalau isteri pertama asyik makan hati dengan sikap isteri kedua?

Dengan macam penah baca dan pernah tengok, tapi…. bila dah baca… anda akan tahu kelainannya! Kebabom! sedia tisu siap-siap okeh! Dan suasana maahad yang digarapkan buat aku teringin untuk berkunjung ke maahad ini :) 

Cadangan:
Kepada penulis-penulis skrip/penerbit drama TV saya cadangkan untuk terbitkan ATB di slot Zehra TV3! Pengajaran dan mesej yang cukup banyak dan berkesan hingga ke tangkai hati. Dan yang pasti… semua wanita akan emo! Hi hi hi

Tau tak... dalam poligami... nak roboh atau nak kuat sesebuah institusi keluarga itu bergantung pada... ISTERI KEDUA atau madu. Dialah yang main peranan penting. Dapat madu baik... madu akan jadi manis. Dapat madu hati busuk, madu akan jadi sepahit-pahit hempedu. Kan?

-salam sayang!
Insyirah :)

No comments: