Thursday, December 5, 2013

Cara Mendapatkan Novel Dinda Cinta Kanda

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Keadaan banjir di Kuantan dan beberapa tempat sekitar Pantai Timur setakat ini masih belum menunjukkan tanda-tanda positif. Allauakbar... moga kalian semua sentiasa dilindungi Allah. Hanya doa mampu ku titipkan buat kalian agar terus dan terus tabah menghadapi dugaan ini. Amin..



Ada yang bertanya pada aku... macam mana nak cari novel ni? Rasa malas yang amat nak menapak ke kedai buku. Taraa... aku ada penyelesaian terabaik untuk kalian yang malas nak start kereta, motor mahupun mengayuh basikal atau menaiki bas/teksi/LRT ke kedai buku. Maklumlah musim-musim hujan ni sungguh nikmat kalau boleh bergulung dibawah selimut atau bermalas-malasan di rumah kan?

Aku faham.... :)

Dek kerana prihatin dengan kemalasan itu, aku ada tawaran baik untuk kalian. Tanpa perlu menapak ke kedai buku, kalian boleh tunggu depan rumah... dan Dinda Cinta Kanda akan sampai terus ke depan rumah.

Macam mana? Ada 3 cara mudah.

1. Boleh terus order dari aku. Ada pakej tanda tangan dan gift.
    1.1 Bank in je terus ke akaun maybank ber no 161239056714.
    1.2 Dah siap bank in, ambil slip pembayaran dan attach dalam emel. Masukkan Nama, Alamat, No telefon.
    1.3 Emel aku : insyirah_angkasa88@yahoo.com atau pm aku di FB (Nur Insyirah)
    1.4  Bila dah siap semua proses bank in dan submit, aku akan terus pos laju2 menggunakan khidmat pos laju.
    1.5  Kos? hanya bank in RM22 untuk senaskah buku + RM6 kos pos.
    1.6  Untuk korang yang order lebih dari 1 buku... (cara paling bijak!) contohnya korang pakat dengan member2 nak order sama.Untuk kes tu, aku akan cut kos pos. FREE untuk yang order lebih dari 1

2. Boleh order terus dari MPH online. (klik sini) Popular aku tak pasti sebab tak pernah buat. Siapa2 yang tahu boleh bagi pencerahan kat komen.
Cara ini boleh diadaptasi untuk novel-novel lain juga



3. Boleh order dari Karangkraf Mall online pergi kat web e-mall Karangkraf (kilk sini)
Cara ini boleh diadaptasi untuk novel-novel lain terbitan Grup Buku Karangkraf



Okey! harap-harap dengan penjelasan ini dapat membantu anda semua untuk mendapatkan novel Dinda Cinta Kanda terbitan Grup Buku Karangkraf :)


Salam sayang
Nur Insyirah

No comments: