TAJUK NOVEL: AKU TURUT BAHAGIA
PENULIS: ASMAH HASHIM
PENERBIT: Alaf 21
HARGA: RM 23
JUMLAH MUKA SURAT: 580
Sinopsis:
“Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan
Ija. Cuma abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad.
Oleh itu Ija mesti izinkan abang berkahwin lagi” -Ustaz Amir.
Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada,
ribut pun tiada tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup
bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi.
Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban.
Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia
asalkan pengorbanan ini tidak disia-siakan.
Sayangnya, tidak semua isteri boleh berkongsi kasih. Saat Ummi
Khadeeja pasrah dengan takdir hidupnya, Syifa’ Umaira meminta sesuatu
yang mustahil Dia memaksa Amir Hudzaifa menceraikan Ija, isteri pertama.
Hancur luluh hati Ummi Khadeeja. Sanggupkan dia berpisah dengan
suaminya? Tegarkan dia melihat anaknya membesar tanpa ayah di sisi? Jika
pengunduran ini membahagiakan suaminya, dia rela berkorban sekali lagi.
Tapi…
Ulasan:
Menyulusuri perasaan Ummi Khadeeja yang tulus, penuh kasih sayang dan
cinta buat si suami membuatkan perasaan bila membaca ATB berkocak
hebat. Hati isteri mana yang tidak terguris, terluka dan kecewa bila
tiba-tiba suami meminta izin ingin berkahwin lain? Alasan yang diberikan
pula sangat rapuh!
(masukkan unsur geram dan sakit hati pada Ustaz Amir, suami Ija)
Emosi aku ketika membaca detik-detik Ummi Khadeeja memberikan kata
putus untuk mengizinkan suaminya kahwin lain… sangat sedih. Menitis air
mata. Meruntun kalbu.
(okay… nangis dah time ni)
Saat Ija
menangis ketika bertahajud… meminta pertolongan daripada Allah untuk
membuat keputusan… aku rasa Ustaz Amir kejam. Ija dah cukup baik..
sangat baik! Mulanya aku macam watak Ija yang lembut ini wanita
sempurna… tetapi dalam garapan ATB ini… aku banyak berfikir tentang
hidup. Kita bukan manusia sempurna.
Ustaz Amir… Niat berpoligami itu baik… Kerana agama. Tetapi langkah
yang diambil terlalu mengikut rasa hati dan kurang mengkaji. Kalau nak
menguruskan maahad, orang kepercayaan dia dah cukup bagus tambahan lagi
Ija pun bijak menguruskan maahad. Nampak macam nak ada isteri dua sebab
boleh tukar-tukar ketika bermusafir. Aduh! emosi berkocak sungguh masa
ni. Rasa macam nak ketuk je dia ni kalau ada depan mata.
( Watak
dia buat aku rasa macam nak buat agreement dengan bakal suami andai kata
lepas kahwin bertahun-tahun dia nak kawen lain nanti aku
mesti…bla..bla..bla..terfikir sampai macam ni dah.. haha)
Syifa’ Umaira… Ini la penguat cerita. Dia ni kalau ada depan mata mau
aku sekeh laju-laju. Tapi sifat keremaajaan dan kebudak-budakkan dia ni
buat aku slow downkan emosi. Tak matured! Bodoh sombong! Ego!
(emo giler ni)
Tapi garapan yang penulis buat tentang watak Mai membuatkan kita boleh
menilai sisi lain Ummi Khadeeja. Dia boleh bertukar karekter jadi
pemarah di sebabkan oleh perangai sengal si Mai. Nak-nak lagi mak si Mai
pun sama naik memburukan keadaan. Mai ni sebenarnya ego… dan cuba nak
jadi baik macam Ummi Khadeeja. Tapi sebab bodoh sombong… dialah yang
menghuru-harakan sebuah bahtera.
Dugaan buat seorang ulama. Isteri pertama Taat, baik, lemah
lembut..meskipun kurang dari segi rupa. Isteri kedua cantik jelita tapi
dari segi tingkah-laku out terus!
Dalam ATB…. konsep poligami, kesamarataan dan kebijaksanaan seorang
suami sangat penting. Pada mulanya Amir kalah dengan isteri muda. Ija
banya makan hati… kat sini aku nampak peranan isteri kedua yang paling
penting untuk membantu suami berlaku adil… Again, siapa rela
dimadukan????
Banyak mesej yang disampaikan melalui garapan plot cerita Ija, Ustaz
Amir dan Maisara dalam ATB. Malah… watak sokongan seperti anak-anak Ija
dan ustaz Amir, Ibu bapa, sahabat dan anak-anak tahfiz maahad itu juga
digarapkan dengan sempurna hingga kita boleh rasa perasaan isteri
pertama yang dimadukan… seolah-olah kita berada ditempatnya. Kita boleh
rasa perasaan anak-anak Ija yang tiba-tiba hilang perhatian dari si ayah
kerana mak tiri yang terlalu mengikut kata hati. Kita juga boleh merasa
perasaan keluarga mereka yang sentiasa cuba memberi sokongan.
Lebih 5 kali menangis membaca ATB, sayang untuk menutup novel itu
selagi belum tiba ke penghujung cerita. Kisah poligami dan keadilan yang
cuba ditegakkan dalam novel ini. Adilkah kalau isteri pertama asyik
makan hati dengan sikap isteri kedua?
Dengan macam penah baca dan pernah tengok, tapi…. bila dah baca… anda
akan tahu kelainannya! Kebabom! sedia tisu siap-siap okeh! Dan suasana
maahad yang digarapkan buat aku teringin untuk berkunjung ke maahad ini
Cadangan:
Kepada penulis-penulis skrip/penerbit drama TV saya
cadangkan untuk terbitkan ATB di slot Zehra TV3! Pengajaran dan mesej
yang cukup banyak dan berkesan hingga ke tangkai hati. Dan yang pasti…
semua wanita akan emo! Hi hi hi
Tau tak... dalam poligami... nak roboh atau nak kuat sesebuah institusi keluarga itu bergantung pada... ISTERI KEDUA atau madu. Dialah yang main peranan penting. Dapat madu baik... madu akan jadi manis. Dapat madu hati busuk, madu akan jadi sepahit-pahit hempedu. Kan?
-salam sayang!
Insyirah