Saturday, May 24, 2014

TANDA-TANDA HILANGNYA KEBERKATAN HIDUP

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Cik Syira ingin berkongsi sedikit tausiah yang Cik Syira dapat mengenai keberkatan hidup. Dalam hidup kita ini perlu sentiasa diingatkan bahawa hidup ini hanyalah sementara. Akhirat jua yang kekal abadi. Di penghujung akhir zaman ini, manusia makin berlumba-lumba mengejar kemewahan dunia. Manusia makin tertipu dengan permainan dunia dan syaitan yang menyesatkan. Umat Islam khususnya makin jauh dari pegangan al-Quran dan sunnah. Malah lebih menyedihkan kita makin leka mengumpul harta dan daki dunia sedangkan ALLAH S.W.T sudah menjanjikan harta yang lebih baik buat kita selaku hamba-NYA. Syaratnya sangat mudah... bertaqwalah kamu kepada-NYA. Namun sedih sekali kerana kita seringkali tertipu dengan 'keindahan' palsu di dunia. Masyaallah... semoga kita semua cepat-cepat kembali ke pangkal jalan. Cik Syira juga mohon anda berpesan-pesan pada Cik Syira agar tidak tersasar dalam mencari jalan hidup di dunia ini.

Berdasarkan tanda-tanda ini... mari kita buat checklist dalam hidup kita. 

TANDA HIDUP TAK BERKAT

Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?
Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.



2. Buat kerja tapi tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
________________________________
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan.

Salam Ukhuwah..~

Monday, May 19, 2014

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Assalamualaikum... Salam sejahtera.

Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH. TUHAN yang memberikan nikmat rezeki. Yang memperluaskan lagi rezekiku ke cabang perniagaan ini.

Kini,secara rasminya aku ialah...


SID 1143932
whatsapp/viber/telegram
0168008634

Mari mengubah corak hidup ke arah lebih sihat. Bukan sihat luaran saja, tapi dalaman. Termasuk sihat rohani dan nurani kita!

Saturday, May 17, 2014

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalamualaikum.Salam sejahtera.

Jom amalkan!

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S: Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah


Friday, May 16, 2014

Newborn Baby

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Syukur. Syukur yang tidak terhingga. Impian sekali lagi menjadi nyata. Terima kasih ALLAH atas nikmat rezeki yang ENGKAU kurniakan padaku. Sesungguhnya, ENGKAU Yang Maha Pemurah terhadap hamba-hamba-Mu meskipu aku hamban-MU yang banyak melakukan kekhilafan.

Alhamdulillah. Setelah enam bulan baby sulung diterbitkan (DINDA CINTA KANDA) kini... terbit pula baby kedua saya....

SIAPA TAK SAYANG BINI?



Sungguh aku bersyukur. Semoga melalui penulisan... aku dapat mencari rezeki yang halal dan dalam masa yang sama aku dapat berdahkwah ke jalan kebaikan. Amin.

Nak teaser SIAPA TAK SAYANG BINI?

Monday, February 17, 2014

Aku Boleh Berjaya!

Assalamualaikum.

Tajuk macam gempak kan? Sengaja. Topik ini antara isu yang aku bangkitkan dalam novel ke-2 aku. Insyaallah.
Di ruang ini... aku ingin menjadi inspirasi pada mereka yang ingin berjaya.

Ya. Kau, aku, semua orang... boleh berjaya!
Pokok pangkalnya... hati.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tapi.
Kau jangan lupa... dia atas semua ini... ada TUAN EMPUNYA kejayaan. Mohonlah pada-NYA.
Kalau dia suratkan kau akan menjadi Cikgu. Kau tetap akan jadi cikgu. Walaupun masa tu kau dah bertongkat.
Senang je kan? Faham apa itu qada dan qadar.

Jadi apa masalahnya?

Aku tarik nafas dalam-dalam.
Wujudnya masyarakat mundur sebab ada penyakit kronik dalam hati.
Dengki, iri hati.
Ada orang... baru nak meniti tangga kejayaan. Kalau difikirkan balik, taklah tahap tinggi pun berjayanya. Tapi pada diri kita yang mampu sampai ke tangga itu, ia satu KEJAYAAN.
Tapi.
Tak semua orang suka. Ada yang hobinya suka membunuh motivasi dan jiwa orang. Seronok. Alang-alang aku kerja biasa-biasa aje, eloklah kau pun sama macam aku.

Astagfirullah. Mohon reset hati.

Pada mereka yang teraniaya, atau yang jiwanya telah 'dibunuh' kejam oleh lidah tak bertulang. Aku mohon kalian bangkit!
Untuk apa kalian meratap. Mereka bukan TUHAN. Mereka hamba seperti kau. Bukan golongan berdarjat. Sama saja seperti kau. Matinya mereka tidak dikafankan dengan kain sutera. Sama juga macam kau. Lalu apa yang kau nak takut? Kau ada ALLAH. TUHAN Yang Maha Berkuasa.

Tadah tangan, mohon kuatkan iman. Selagi kau berpaksikan TUHAN, semua ini hanyalah permainan alam.
Doa. Jangan putus asa. Teruskan melangkah. Sebab... bila kau MELANGKAH KE DEPAN, kau akan MENINGGALKAN mereka yang sentiasa DI TAKUK LAMA.

:) Letakkan nawaitu. Paksikan pada TUHAN Yang Satu. Usaha, Tawakal.


Siapa pernah tengok movie AKU TAK BODOH? Kalau belum, laju-laju cari di google. Sungguh! Filem itu banyak inspirasi. Banyak mesej.



Nah lagu motivasi untuk kalian :)


Saturday, February 15, 2014

Corat-Coret Karnival Karangraf

Assalamualaikum

Seminggu berlalu. Kemeriahan Karnival Karangkraf masih terasa. Rindu. Ada kisah disebalik karnival. Sentimental. Jiwa aku tersentuh. Akhirnya aku di sini. Di sebuah syarikat yang tersergam indah. Gah.
Ini tempat aku mencari rezeki sekarang.
Sungguh hati aku tersentuh.
Dalam senyuman, dalam gelak dan ketawa... tersembunyi 1001 kisah duka.

Perit... pahit... Tapi Allah dah janji... setiap kesulitan, pasti akan ada penghujungnya. Dan bergembiralah apabila kamu melepasi ujian itu. Alhamdulillah....

Di sini, aku bukan sahaja senyum, ketawa gembira. Tapi aku suka melihat lautan manusia pencinta ilmu. Berpusu-pusu memilih buku. Tua, muda... leka membelek buku. Alhamdulillah... ramai yang masih cintakan ilmu.

Paling aku terharu... ada suami-suami yang sudi menyokong minat dan hobi anak isteri.

"Saya tak minat baca novel. Tapi saya suka membeli. Sebab saya suka tengok isteri saya membaca!"

Nah! kata-kata lelaki ini sungguh buatkan aku tersentuh! Isterinya pula tersenyum penuh makna. Di sebalik senyuman yang dilemparkan aku nampak penyatuan kasih-sayang dua jiwa. Saling menyokong antara 1 sama lain.

Sifat kebapaan banyak terserlah di sini. Rata-rata pengunjung yang havoc bila nampak buku... adalah kaum wanita. Lelaki pun ada juga. Tapi tak ramai.

Mereka tetap hadir. Tapi sebagai memberi sokongan pada minat kaum hawa yang dicintai dan disayangi. Tolong bawak anak, tolong kelek plastik-plastik buku, tolong tunjuk arah, tolong beratur dan.... tolong bayar! hihi

Satu panorama yang cukup membuatkan aku bahagia. Apatah lagi bila dapat bertemu empat mata dengan pembaca yang sebelum ini hanya bertegur sapa dalam Facebook. Terujanya!

Terima kasih semua! Tiada kata yang mampu kuucapkan melainkan terima kasih yang tak terhingga!

Buat mereka yang tak sempat aku jumpa macam kak Iman dan Cikgu Wan... harap-harap boleh la jumpa di Pesta Buku nanti ya?

Geng Hantu Novel paling havoc! Terima kasih Kak Wan, Kak Ros, Ayim, Ayman, Kak Nor, dan lain-lain yang aku lupa nak mention nama mereka sini :)

Nampak tak bertapa jauhnya menapak? Punya ramai orang padahal baru pukul 9 pagi! Havoc!
Tudia.... gelombang pertama

Yang beratur tu peminat Ramlee Awang Murshid (RAM). Dia belum sampai tapi barisan dah panjang! Allahuakbar!

Kak Ummu Wafa penulis novel Awek Abang Poyo

Makin havoc


Sabarnya mereka beratur... RESPECT!

Kecoh-kecoh novelis dan peminat. Itu geng2 Buku Prima! Superb beb! Kak Ebriza, Syikin Zaina bersama peminat

Makin havoc!

Ini part paling best! Gathering peminat dengan penulis. Kak Wan, Kak Zulfati Hanis, Kak Rabihah, dan Kak Nor

Lagi! Topik hangat tu!

Kak Rabihah penulis novel Aku Benci Kau! (Buku Prima) dan peminat tegar novel Karangkraf, Kak Nor gojes!

Kak Wan salah seorang geng hantu novel bersama novelis Zulfati Hanis (Novel Ingat-Ingat Lupa, Buku Prima)

Cantikkan?


Tak cukup havoc?

Jumpa dalam entry seterusnya... Part 2!

Friday, February 14, 2014

REVIEW NOVEL

TAJUK NOVEL: AKU TURUT BAHAGIA
PENULIS: ASMAH HASHIM
PENERBIT: Alaf 21
HARGA: RM 23
JUMLAH MUKA SURAT: 580
Image
Sinopsis:
“Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija. Cuma abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Oleh itu Ija mesti izinkan abang berkahwin lagi” -Ustaz Amir.
Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tiada tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia asalkan pengorbanan ini tidak disia-siakan.
Sayangnya, tidak semua isteri boleh berkongsi kasih. Saat Ummi Khadeeja pasrah dengan takdir hidupnya, Syifa’ Umaira meminta sesuatu yang mustahil Dia memaksa Amir Hudzaifa menceraikan Ija, isteri pertama.
Hancur luluh hati Ummi Khadeeja. Sanggupkan dia berpisah dengan suaminya? Tegarkan dia melihat anaknya membesar tanpa ayah di sisi? Jika pengunduran ini membahagiakan suaminya, dia rela berkorban sekali lagi. Tapi…

Ulasan:
Menyulusuri perasaan Ummi Khadeeja yang tulus, penuh kasih sayang dan cinta buat si suami membuatkan perasaan bila membaca ATB berkocak hebat. Hati isteri mana yang tidak terguris, terluka dan kecewa bila tiba-tiba suami meminta izin ingin berkahwin lain? Alasan yang diberikan pula sangat rapuh! (masukkan unsur geram dan sakit hati pada Ustaz Amir, suami Ija)

Emosi aku ketika membaca detik-detik Ummi Khadeeja memberikan kata putus untuk mengizinkan suaminya kahwin lain… sangat sedih. Menitis air mata. Meruntun kalbu.  (okay… nangis dah time ni)
Saat Ija menangis ketika bertahajud… meminta pertolongan daripada Allah untuk membuat keputusan… aku rasa Ustaz Amir kejam. Ija dah cukup baik.. sangat baik! Mulanya aku macam watak Ija yang lembut ini wanita sempurna… tetapi dalam garapan ATB ini… aku banyak berfikir tentang hidup. Kita bukan manusia sempurna.

Ustaz Amir… Niat berpoligami itu baik… Kerana agama. Tetapi langkah yang diambil terlalu mengikut rasa hati dan kurang mengkaji. Kalau nak menguruskan maahad, orang kepercayaan dia dah cukup bagus tambahan lagi Ija pun bijak menguruskan maahad. Nampak macam nak ada isteri dua sebab boleh tukar-tukar ketika bermusafir. Aduh! emosi berkocak sungguh masa ni. Rasa macam nak ketuk je dia ni kalau ada depan mata.  ( Watak dia buat aku rasa macam nak buat agreement dengan bakal suami andai kata lepas kahwin bertahun-tahun dia nak kawen lain nanti aku mesti…bla..bla..bla..terfikir sampai macam ni dah.. haha)

Syifa’ Umaira… Ini la penguat cerita. Dia ni kalau ada depan mata mau aku sekeh laju-laju. Tapi sifat keremaajaan dan kebudak-budakkan dia ni buat aku slow downkan emosi. Tak matured! Bodoh sombong! Ego! (emo giler ni) Tapi garapan yang penulis buat tentang watak Mai membuatkan kita boleh menilai sisi lain Ummi Khadeeja. Dia boleh bertukar karekter jadi pemarah di sebabkan oleh perangai sengal si Mai. Nak-nak lagi mak si Mai pun sama naik memburukan keadaan. Mai ni sebenarnya ego… dan cuba nak jadi baik macam Ummi Khadeeja. Tapi sebab bodoh sombong… dialah yang menghuru-harakan sebuah bahtera.

Dugaan buat seorang ulama. Isteri pertama Taat, baik, lemah lembut..meskipun kurang dari segi rupa. Isteri kedua cantik jelita tapi dari segi tingkah-laku out terus!

Dalam ATB…. konsep poligami, kesamarataan dan kebijaksanaan seorang suami sangat penting. Pada mulanya Amir kalah dengan isteri muda. Ija banya makan hati… kat sini aku nampak peranan isteri kedua yang paling penting untuk membantu suami berlaku adil… Again, siapa rela dimadukan????

Banyak mesej yang disampaikan melalui garapan plot cerita Ija, Ustaz Amir dan Maisara dalam ATB. Malah… watak sokongan seperti anak-anak Ija dan ustaz Amir, Ibu bapa, sahabat dan anak-anak tahfiz maahad itu juga digarapkan dengan sempurna hingga kita boleh rasa perasaan isteri pertama yang dimadukan… seolah-olah kita berada ditempatnya. Kita boleh rasa perasaan anak-anak Ija yang tiba-tiba hilang perhatian dari si ayah kerana mak tiri yang terlalu mengikut kata hati. Kita juga boleh merasa perasaan keluarga mereka yang sentiasa cuba memberi sokongan.

Lebih 5 kali menangis membaca ATB, sayang untuk menutup novel itu selagi belum tiba ke penghujung cerita. Kisah poligami dan keadilan yang cuba ditegakkan dalam novel ini. Adilkah kalau isteri pertama asyik makan hati dengan sikap isteri kedua?

Dengan macam penah baca dan pernah tengok, tapi…. bila dah baca… anda akan tahu kelainannya! Kebabom! sedia tisu siap-siap okeh! Dan suasana maahad yang digarapkan buat aku teringin untuk berkunjung ke maahad ini :) 

Cadangan:
Kepada penulis-penulis skrip/penerbit drama TV saya cadangkan untuk terbitkan ATB di slot Zehra TV3! Pengajaran dan mesej yang cukup banyak dan berkesan hingga ke tangkai hati. Dan yang pasti… semua wanita akan emo! Hi hi hi

Tau tak... dalam poligami... nak roboh atau nak kuat sesebuah institusi keluarga itu bergantung pada... ISTERI KEDUA atau madu. Dialah yang main peranan penting. Dapat madu baik... madu akan jadi manis. Dapat madu hati busuk, madu akan jadi sepahit-pahit hempedu. Kan?

-salam sayang!
Insyirah :)